Thursday, February 3, 2011

MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa



Oleh : Nahwan Nur


::Mama::
Apa itu fiqh asy-syariah dan apa pula fiqh al-waqi'?

Fiqh asy-syariah: ilmu yang didasarkan kepada tuntutan nas dan dalil. Ilmu fiqh ini memberi tumpuan kepada maqasid syariah atau maksud syariat Islam itu diturunkan oleh Allah.

Fiqh al-waqi': ilmu yang didasarkan kepada kajian dan tuntutan realiti semasa. Ia merangkumi semua aspek semasa berdasarkan maklumat terkini yang tepat.

Gabungan antara kedua-dua fiqh asy-syariah dan fiqh al-waqi' amat diperlukan bagi membolehkan gerakan Islam mewujudkan kemantapan dari segi dakwahnya.

Namun fiqh asy-syariah bukanlah bidang untuk ditangani oleh orang awam. Kebiasaannya bidang ini hanya dimiliki oleh ulama dan fuqaha kerana ia memerlukan penguasaan ilmu-ilmu al-Quran dan as-Sunnah di samping pemamahaman fiqh dan usul al-fiqh yang mendalam.

Fiqh al-waqi pula' menuntut aktivis dakwah untuk turun ke medan, melihat realiti, bergelumang sendiri dengan kemelut masalah dan rintihan hati rakyat.

Walaubagaimanapun, menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, bagi membolehkan gerakan Islam memenuhi tuntutan syariah dalam waqi' semasa, lima lagi ilmu fiqh diperlukan. Apakah kelima-lima ilmu fiqh tersebut?

TO BE CONTINUED...
>>aDik<<