Friday, April 8, 2011

Jangan Pernah Jauh

Kita ini hamba
Kita ini lemah
Apa-apa pun boleh terjadi
Ni'mat dan musibah silih berganti
Kadang-kadang kita gembira
Kadang-kadang kita sedih

Hidup ini adalah perjuangan
Perjuangan itu pastinya perlukan pengorbanan
Pengorbanan yang tidak mengira keadaan
Tapi pastinya Allah tak akan bebankan dengan perkara yang tidak mampu kita pikul
Allah mengetahui kemampuan setiap hambaNya
Percayalah...

Dan kita sebagai hambaNya
Jangan pernah kita jauh dariNya
Siapa kita untuk melupakanNya
Kita ini milikNya
Untuk apa kita jauh dariNya?
Semua itu sia-sia..
Akhirnya kita yang rugi

Ingatlah dan janji pada diri
JANGAN PERNAH JAUH DARI-NYA!

~by:along (^_^)

Thursday, February 3, 2011

MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa



Oleh : Nahwan Nur


::Mama::
Apa itu fiqh asy-syariah dan apa pula fiqh al-waqi'?

Fiqh asy-syariah: ilmu yang didasarkan kepada tuntutan nas dan dalil. Ilmu fiqh ini memberi tumpuan kepada maqasid syariah atau maksud syariat Islam itu diturunkan oleh Allah.

Fiqh al-waqi': ilmu yang didasarkan kepada kajian dan tuntutan realiti semasa. Ia merangkumi semua aspek semasa berdasarkan maklumat terkini yang tepat.

Gabungan antara kedua-dua fiqh asy-syariah dan fiqh al-waqi' amat diperlukan bagi membolehkan gerakan Islam mewujudkan kemantapan dari segi dakwahnya.

Namun fiqh asy-syariah bukanlah bidang untuk ditangani oleh orang awam. Kebiasaannya bidang ini hanya dimiliki oleh ulama dan fuqaha kerana ia memerlukan penguasaan ilmu-ilmu al-Quran dan as-Sunnah di samping pemamahaman fiqh dan usul al-fiqh yang mendalam.

Fiqh al-waqi pula' menuntut aktivis dakwah untuk turun ke medan, melihat realiti, bergelumang sendiri dengan kemelut masalah dan rintihan hati rakyat.

Walaubagaimanapun, menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, bagi membolehkan gerakan Islam memenuhi tuntutan syariah dalam waqi' semasa, lima lagi ilmu fiqh diperlukan. Apakah kelima-lima ilmu fiqh tersebut?

TO BE CONTINUED...
>>aDik<<

Wednesday, January 12, 2011

PENGISIAN USRAH PERTAMA

"Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al Hasyr: 18)

Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab tentang TAQWA.
Ubai menjawab "Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?"
Jawab Umar"Ya".
"Apa yang anda lakukan saat ini?"
"Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati".
"Itulah TAQWA"

Melalui dialog di atas,Sayyid Qutub berkata dalam tafsir Fil Zhilalil Qur'an."itulah taqwa,kepekaan batin,kelembutan perasaan,rasa takut terus menerus,selalu berwaspada dan hati-hati jangan sampai kene duri jalanan...jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan & syahwat,kerakusan dan angan-angan,kekhuatiran dan keraguan,harapan salah atas segala sesuatu yang tidak boleh diharapkan.Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak pantas untuk ditakuti...dan masih banyak duri-duri yang lainnya".

JALAN MENCAPAI SIFAT TAQWA

  • MU'AHADAH (mengingati perjanjian) : memberi komitmen terhadap janji kita terhadap Allah.apa dia?sebagaimana dalam surah al-fatihah ayat 5 yang bermaksud "Kepada DIKAU kami menyembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan" dan di dalam takbirratur ihram antara janji kita,"sesungguhnya solatku,amal ibadahku,hidupku,matiku kerana Allah TUHAN sekalian alam".sentiasa ingat janji kita ini supaya kita sedar bahawa tujuan kita adalah DIA!
  • MUROQABAH(merasakan kehadiran Allah) :"hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya,dan jika memang kamu tidak melihatnya,maka sesungguhnya Allah melihat kamu (Al-hadis).Bila melakukan sesuatu,atau berlaku sesuatu yang baik atau tidak...pastikan Allah yang kita rasakan dalam hati kita.InsyaAllah keikhlasan akan kita perolehi,keredhaan dan kesabaran daripada Allah akan kita rasai bila sesuatu musibah menimpa diri.Allah...Allah...Allah...!
  • MUHASABAH (koreksi diri) :sentiasa koreksi diri kita,sama ada yang kita lakukan selama ini,sepanjang seharian ini dan sebagainya...kita buat atas sebab apa?redha Allah atau redha manusia?mendekatkan diri kita padaNYA atau mengudang amarahNYA ! membuat suruhanNYA dan tinggalakn laranganNYA atau amar munkar nahi ma'ruf?
  • MU'AQOBAH (denda diri) : orang yang ini mencapai tahap taqwa,dia akan sanggup mendenda dirinya atas ibadah yang dia tertinggal buat ataupun maksiat yang dia lakukan supaya dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu berulang kali.Dia sentiasa ingin jadi lebih baik daripada sebelumnya.Ketika Abu Talhah sedang solat,di depannya lalu seekor burung ,lalu beliau leka sehingga lupa rakaat ke berapa solatnya.kerana hal itu,beliau menyedekahkan kebunnya kepada fakir miskin sebagai balasan terhadap kelalaiaannya.Dendalah mengikut kemampuan diri kita,contohnya jika tak bangun solat malam,didenda diri kita supaya berpuasa 3 hari.
  • MUJAHADAH(bersungguh-sungguh) : Allah...inilah yang paling sukar.Mudah menyebut,tapi aplikasinya dalam kehidupan?fuhhh...mujahadah,bersungguh-bersungguh dalam melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan perkara perkara yang dilarangNYA.Karz bin Wabrah selalu mengkhatamkan Al-Quran 3 kali sehari.SubhanaAllah mujahadahnya beliau dalam beribadah...aku?baru cerita pasal baca Quran,tak lagi ulang Quran,lagi lompang.Allah...MUJAHADAH ITU PAYAH SANGAT...TAPI NILAINNYA DAN HASILNYA INDAH SANGAT DUHAI DIRI! "Dan orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh mencari keredhaan)Kami,kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik! (Al-Ankabut 29:69)
:: HASIL BACAAN ::

 HASIL NUKILAN: MAMA (*_*)

Monday, January 10, 2011

OPENING

Assalammualaikum.Alhamdulillah,dapat juga hasilkan satu blog untuk anak-anak usrahku(*_*),along,angah,acik,ateh,ude,andak,alang,adik ha mama dah sediakan ruang untuk anak-anak semua tunjukkan bakat masing-masing.Gunakan peluang yang ada ini sebaiknya ye.Yang penting pengisiannya bermanfaat buat kita semua:)